Selamat datang ke blog petua anak pintar!

Blog ini direka khas untuk sesiapa sahaja yang inginkan panduan ,tips,cara dan petua anak pintar yang percuma, ringkas dan padat. Dalam blog ini, anda akan disajikan dengan artikel,gambar mahupun video mengenai tip anak pintar bagi memudahkan pembaca untuk mengikuti panduan dan cara mendidik anak menjadi pintar dengan betul. kesemua petua anak pintar yang dipaparkan boleh dipraktikkan serta merta namun ianya akan mengambil masa kerana proses untuk melahirkan anak pintar dan bijak memerlukan perhatian serta kesabaran.Untuk makluman anda petua dan tip anak pintar dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan panduan artikel,gambar mahupun video anak pintar,bijak dan soleh terbaru untuk rujukan anda.

Selamat melayari sesawang petua anak pintar

Saturday, September 25, 2010

petua anak pintar part 2

petua anak pintar
salah satu faktor besar melahirkan anak yang pintar ialah seberapa banyak ilmu yang diperolehinya.banyak cara untuk anak anda perolehi ilmu.cara yang paling mudah ialah dari pembacaan.tapi bila disebut bab membaca sahaja kepada anak-anak pasti mereka akan mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak mahu.situasi biasa yang dihadapi oleh ibubapa.disini akan kita kongsikan bersama cara untuk menarik minat anak anda untuk menyukai aktiviti membaca..diharap minat anak anda untuk membaca bertambah seterusnya melahirkan anak yang pintar.

cara pertama
berikan bahan bacaan yang lebih santai.jangan berikan bahan ilmiah yang berat bacaan untuk difahami anak anda.pasti mood anak anda terus hilang untuk membaca dan TRAUMA untuk membaca.berikan bahan bacaan yang lebih menarik kepada anak-anak seperti buku bergambar.cara ini sangat efektif untuk menarik minat anak anda.

cara kedua
sediakan perpustakaan mini untuk anak anda.apabila anda menyediakan perpustakaan mini di dalam rumah anda,ini dapat menaikkan semangat anak-anak untuk membaca.disebabkan perpustakaan mini mempunyai pilihan buku yang banyak jadi ianya tidak membosankan anak anda kelak.laburkan sedikit wang untuk membina perpustakaan mini dirumah anda.

cara ketiga
ibubapa perlu menjadi rolemodel yang terbaik.caranya ibubapa sendiri perlu menunjukkan minat untuk membaca kepada anak mereka.apabila kita memberikan contoh yang terbaik kepada anak kita secara tidak langsung kita merangsang anak kita untuk membaca dan tanpa mereka sedari mereka juga akan mengambil buku dan membaca bersama ibubapanya.

cara keempat
bawa anak-anak pergi ke pesta buku.tidak kira pesta buku di peringkat sekolah,daerah,negeri mahupun di peringkat kebangsaan.dengan membawa anak anda ke pesta buku ini juga dapat menarik minat anak anda membaca kerana anak anda boleh memilih sendiri buku yang menjadi kegemaran anak anda.

cara kelima
beri penghargaan pada anak anda.tidak kira apa jua jenis penghargaan kepada anak anda.tapi kalau boleh elakkan dari memberi penghargaan yang dapat melalaikan anak anda dari membaca.dengan memberikan penghargaan atau hadiah kepada anak mereka ini dapat menaikkan semangat anak anda untuk membaca seterusnya menjadikan membaca sebagai amalan harian.

amalan membaca sememangnya tulang belakang untuk menjadikan anak anda pintar.diharap petua anak pintar kali ini dapat memberi idea kepada anda.

ebook rahsia anak pintar hot!
petua anak pintar

No comments:

Post a Comment